Jumlah Pelajar Calon SPM Tahun 2017
Pada kali ini, kami akan kongsikan dengan anda Market Data untuk segmen pasaran yang agak kecil iaitu tentang jumlah pelajar yang mengambil SPM pada tahun 2017 di Malaysia, berdasarkan negeri.
Data-data ini dikumpul melalui pelbagai sumber termasuk kenyataan pihak berkenaan daripada surat khabar, sidang media dan sebagainya.
Daripada data-data yang kami kumpulkan, kami mendapati terdapat seramai 443,883 orang pelajar yang telah mendaftar untuk mengambil SPM pada tahun 2017.
Jumlah Pelajar Mengikut Negeri
Daripada keseluruhan jumlah di atas, berikut adalah pecahan-pecahannya mengikut negeri.
Jumlah Pelajar/Calon SPM 2017 Mengikut Negeri
- Selangor – 77,926 orang
- Johor – 55,671 orang
- Sabah – 40,053 orang
- Perak – 39,195 orang
- Sarawak – 37,092 orang
- Kedah – 34,672 orang
- Kelantan – 31,376 orang
- Kuala Lumpur – 24,272 orang
- P. Pinang – 23,114 orang
- Pahang – 22,516 orang
- Terengganu – 20,526 orang
- Negeri Sembilan – 18,145 orang
- Melaka – 14,464 orang
- Perlis – 3,526 orang
- Putrajaya – 1,335 orang