Tips Bina Jenama Dengan Pantas

Di dalam perniagaan, penjenamaan (branding) merupakan perkara yang patut anda pertimbangkan sedalam-dalamnya sekiranya anda ingin menjadikan perniagaan anda itu sesuatu yang boleh bertahan untuk jangkamasa yang panjang.

Pada entry kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda DUA TIPS yang boleh anda lakukan untuk mempercepatkan pembinaan jenama anda di kalangan pengguna, khususnya di Malaysia.

1. Bina ‘niche’ market anda sendiri

Cara ini merupakan salah satu cara yang akan membolehkan jenama perniagaan anda bertahan lama. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memikirkan dan merangka produk/servis anda supaya berbeza dengan orang lain.

Bukan hanya berbeza semata-mata, tetapi produk/servis anda itu perlulah memberi nilai tambah, berbanding dengan produk/servis lain yang sedia ada di dalam pasaran.

Dengan membina niche market anda sendiri, jenama anda juga dilihat sebagai pelopor@’pioneer’ terhadap produk/servis anda itu. Sekiranya ada pesaing yang meniru produk/servis anda, mereka hanyalah follower. Anda adalah leader untuk pasaran tersebut.

Bagaimana untuk kekal sebagai leader? Teruskan berinovasi dengan produk/servis perniagaan anda. 😊

2. Viral Marketing

Cara ini boleh dilakukan di laman-laman media sosial di mana anda menghasilkan ‘content’ yang mempunyai nilai-nilai viral yang boleh dikongsikan oleh followers anda – sekaligus memberi publisiti kepada jenama anda.

Namun, di sini anda perlu sedikit berhati-hati agar nilai yang anda pamerkan melalui ‘content’ itu sejajar dengan kehendak anda dan perniagaan anda. Sudah pastinya anda tidak mahu nilai-nilai negatif terpalit pada jenama anda bukan?

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi cara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan jenama anda agar lebih dikenali ramai. InsyaAllah pada masa yang akan datang kami akan kongsikan lebih banyak tips tentang pembinaan jenama anda ini.

IAMK Admin

Head of Social Media Manager & Promotion in private sectors for more than 7 years - before he founded IAMK in 2016. Wanna talk? Drop an email to me at faizal@iamk.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *