Statistik Penggunaan Internet di Malaysia 2017

Kali ini, kami ingin kongsikan bersama anda data statistik pengunaan Internet di Malaysia. Data ini diperolehi dari beberapa sumber seperti SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia), Facebook, dan sebagainya.

Jumlah Keseluruhan Pengguna Internet di Malaysia

Melalui kajian yang telah dijalankan, daripada 32 juta penduduk Malaysia, dianggarkan 24.5 juta daripada mereka merupakan pengguna Internet (76.9%). Manakala selebihnya (23.1%) tidak memiliki akses kepada Internet.

Lihat di sini untuk mendapatkan statistik penduduk di Malaysia bagi tahun 2017.

Medium Yang Digunakan Untuk Mengakses Internet

Dengan begitu ramai pengguna Internet di Malaysia, kita juga ingin tahu bagaimanakan mereka mengakses Internet. Medium apakah yang digunakan oleh mereka untuk mengakses Internet?

Mengikut kajian SKMM, ‘Smartphone‘ merupakan medium utama untuk pengguna Internet iaitu sebanyak 89.4% (21.9 juta orang), berbanding medium-medium yang lain seperti laptop, netbook, PC desktop, dan sebagainya.

Berikut adalah senarai penuh medium yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mengakses Internet.

Medium Pengguna Internet di Malaysia

Aktiviti Pengguna Internet di Malaysia

Setelah mengetahui sedikit sebanyak tentang jumlah dan medium akses pengguna Internet di Malaysia, mari kita lihat apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan ketika mereka mengakses Internet.

Hampir semua pengguna Internet (96.3%, 23.59 juta orang) di Malaysia menggunakan Internet untuk tujuan komunikasi melalui teks seperti Whatsapp, Facebook Messenger, WeChat dan sebagainya.

Carta di bawah menunjukkan secara penuh aktiviti online pengguna Internet di Malaysia.

aktiviti-online-rakyat-malaysia

Laman Sosial Media

Seperti yang kita dapat lihat di atas, 89.3% pengguna Internet di Malaysia menggunakan Internet untuk mengakses laman sosial media mereka. Namun, laman sosial media manakah yang menjadi tumpuan kebanyakan daripada mereka?

Di sini kami kongsikan kepada anda data akaun laman sosial yang paling ramai dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Jumlah pengguna laman sosial di Malaysia

Seperti yang dapat dilihat di atas, 97.3% pengguna Internet di Malaysia memiliki akaun Facebook. Dari segi angkanya, ianya dianggarkan seramai 23.83 juta rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook! Dan sudah pastinya Facebook merupakan medium yang sesuai sekiranya anda ingin memasarkan produk/servis anda.

Di Instagram pula, penggunanya meningkat dari 46.7% pada tahun 2016, menjadi 56.1% pada tahun 2017, menjadikan anggaran jumlah pengguna Instagram di Malaysia seramai 13.74 juta orang!

Demikian antara data-data mengenai pengguna Internet di Malaysia bagi tahun 2017, pada kali ini. Terus ikuti kami di IAMK Learning Centre dengan memasukkan email anda, untuk mendapatkan lebih banyak lagi data-data seperti ini.

Jangan lupa ‘SHARE’ sekiranya anda mendapat manfaat daripada artikel ini ya? Terima kasih!

IAMK Admin

Head of Social Media Manager & Promotion in private sectors for more than 7 years - before he founded IAMK in 2016. Wanna talk? Drop an email to me at faizal@iamk.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *