Ciri-ciri Usahawan: Adakah Anda Memilikinya?

 

Menjalankan perniagaan, terutamanya ‘start-up’ memerlukan pengorbanan yang tinggi, dari segi masa, wang ringgit, sentiasa bersifat positif dan optimis.

Kali ini, kami ingin kongsikan bersama anda 5 ciri-ciri usahawan sebenar yang berjaya (yang kebanyakan daripada mereka ada) bersama anda. Sekiranya anda memiliki ciri-ciri ini, pastinya bagus. Namun sekiranya anda tidak memiliki ciri-ciri ini, bolehlah sama-sama untuk kita berubah ke cara yang lebih positif lagi.

1. Passion

Ciri pertama sekali yang anda WAJIB ada. Di dalam bahasa Melayu, bolehlah dikatakan maksudnya ‘semangat’, namun ianya lebih daripada itu. Untuk menimbulkan semangat dalam perniagaan, pertama sekali anda perlulah memiliki minat yang mendalam terhadap perniagaan anda itu.

Adalah penting juga untuk anda memiliki impian yang jelas, supaya dengannya anda sentiasa bersemangat di dalam menjalankan perniagaan anda itu. Kita bukan berbicara mengenai jangkamasa yang pendek. Anda perlu sentiasa bersemangat sepanjang hayat anda dalam menjalankan perniagaan anda itu.

2. Perniagaan Anda = Impian Anda (Dream)

Menjadi usahawan yang berjaya memerlukan anda untuk sentiasa mengimpikan sesuatu yang besar. Impian tersebut haruslah sentiasa segar di dalam minda anda, supaya dengannya anda sentiasa berusaha ke arah itu. Dan untuk pengetahuan anda semua, kebanyakan usahawan yang berjaya, mereka tidak meletakkan wang ringgit sebagai impian mereka kerana mereka tahu hidup ini lebih daripada itu. Ada di antara mereka mengimpikan untuk membantu masyarakat di sekeliling mereka, memudahkan kehidupan orang lain dengan produk/servis mereka dan sebagainya.

Apakah impian anda dalam menjalankan perniagaan anda?

Kiyosaki

3. Menyedari Masalah & Mencipta Peluang (Problems & Opportunities)

Secara hakikatnya, peluang sentiasa ada di depan mata kita melalui permasalahan-permasalahan yang kita hadapi dalam kehidupan seharian kita. Antara ciri usahawan yang berjaya adalah mereka sentiasa menyedari peluang itu dengan ‘membuka mata’ terhadap sesuatu masalah itu.

Sebagai contoh, Grab dibangunkan oleh 2 anak muda yang merasa sukar untuk mendapatkan teksi di Kuala Lumpur. Mereka mengambil peluang daripada masalah ini dan membangunkan aplikasi Grab. Berapa ramai orang lain yang menyedari masalah itu, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan atau peluang?

The difference between a successful person and others is not a lack of strength, not a lack of knowledge, but rather a LACK OF WILL. – Vince Lombardi

4. Berani Menghadapi Risiko (Risk)

Perniagaan dari awalnya sememangnya sesuatu yang berisiko, di mana kadangkala membuat ramai orang terhenti setelah memikirkan risiko-risikonya.

Usahawan yang berjaya sebenarnya bukanlah mereka yang tidak mengendahkan risiko tersebut. Dengan didorong oleh impian mereka, mereka berjaya menguruskan dan mengimbangi risiko mereka tersebut sebaik-baiknya.

Sebagai contoh, anda memiliki perniagaan online menjual barang. Sekiranya perniagaan anda sedang berkembang baik, apakah perlu untuk anda membeli/membina sebuah gudang atau menyewanya sahaja? Ketahui risiko anda sebaik-baiknya di dalam membuat keputusan.

5. Lihat Gambaran Yang Lebih Besar (Bigger Picture)

Ciri lain usahawan yang berjaya adalah mereka sentiasa melihat dunia daripada skop yang lebih besar. Sebagai contoh: ketika menghadapi masalah kewangan, seorang pengurus biasanya akan meningkatkan usaha promosi dan pemasaran. Namun, bagi usahawan, mereka mungkin melihat itu adalah waktunya untuk mereka membuat satu lagi produk baru. Di situlah bezanya seorang pekerja biasa dan usahawan.

Usahawan sentiasa melihat kepada skop yang lebih besar untuk mengetahui di mana ruangnya untuk mereka menyelesaikan sesuatu masalah, dan di mana peluang mereka.

Kesimpulannya, ciri-ciri ini amatlah perlu untuk ada pada setiap usahawan yang ingin berjaya dalam mencipta nama mereka di dalam dunia perniagaan. Usahawan haruslah sentiasa bersikap positif dan tidak mengendahkan sebarang perasaan negatif samada dari dalam diri mereka mahupun orang luar.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Jangan lupa ikuti kami di tips yang seterusnya, dan jangan lupa ‘SHARE’ sekiranya anda merasakan ianya bermanfaat! 😉

IAMK Admin

Head of Social Media Manager & Promotion in private sectors for more than 7 years - before he founded IAMK in 2016. Wanna talk? Drop an email to me at faizal@iamk.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *