5 Cara Menghasilkan Copywriting Menarik

Ya copywriting ini sebenarnya subjektif..lain guru lain mazhabnya kan?

Di sini saya kongsikan tips untuk membuat copywriting menarik

Poster/gambar memainkan peranan penting untuk buat prospek kita berhenti scroll timeline mereka. Dengan gambar menarik dan berkaitan dengan produk anda akan menarik minat target audience anda untuk terus membaca.

Lepas prospek kita stop lihat poster kita, mereka akan terus membaca HEADLINE..bahagian ini penting untuk kita pastikan prospek kita teruskan bacaan post kita tadi.

Ciri yang diperlukan dalam menentukan headline ialah SENTAPAN EMOSI mereka. Sebagai contoh anda seorang pengusaha tadika, ads yang anda buat adalah untuk mendapatkan pendaftaran student.

Di sini kita akan cuba bermain dengan sentimen ekonomi

“KITA SEMAKIN SUSAH…..

Samada SEDAR @ TIDAK SEDAR  kita sebenarnya semakin susah untuk SURVIVE dalam keadaan EKONOMI SEKARANG”

Elakkan menggunakan katana nama ANDA, KAMU dsb..sebab untuk kita menarik emosi mereka kita kena sama2 merasai apa yang mereka rasa.

Untuk connect dengan emosi mereka story telling cara yang berkesan. Bercerita kesusahan yang kita hadapi bersama dengan kos sara hidup dan sebagainya..

“Minyak makin lama makin naik…
Harga barang keperluan jugak meningkat..
Harga tol jugak naik…

Dah macam-macam cara kita cuba untuk mengurangkan kos”

Nampak…kita sampaikan cerita macam kita pun ada masalah yang sama..ingat cerita kena connect dengan emosi mereka.

Peringkat ni kita nak beritahu yang mereka mempunyai masalah sekiranya tak dapatkan produk/servis kita. Cerita pada mereka masalah yang mereka tempuh. sebagai contoh

“Suami isteri semua bekerja untuk survive dalam keadaan sekarang…anak-anak terpaksa dihantar ke nursery/tadika…..
DAFTAR ANAK TADIKA: RM1,500.00
YURAN BULANAN: RM350.00″

Kita dah create masalah mereka dan kita juga MESTI selesaikan masalah tu..pada bahagian ini la start kita nak jual produk/servis kita. Saya sambung semula sebagai contoh

“Kami FAHAM dan KOMITED untuk mengurangkan kos perbelanjaan anda…Selama 5 tahun kami menyediakan silibus pembelajaran yang seiring dengan dasar pendidikan terkini dan terbukti berkesan…
Pendaftaran di tadika kami telah dibuka:
Pendaftaran: RM925
Yuran Bulanan: RM305
Makan: 3 kali sehari
Dibuka: 7am hingga 6.30pm
Pengisian akitiviti hingga petang”

“So..macamana? Is it fair enough untuk kami membantu anda?
Jika anda BERMINAT UNTUK KURANGKAN KOS sila whatsapp kami di 0123456789”

So sekarang anda nampak tak step-step yang perlu kita buat…create masalah dengan menyentuh emosi lebih tinggi conversion iklan kita.

Penggunaan bahasa juga penting…jangan terlalu formal..gunakan bahasa yang biasa kita gunakan hari2..

InsyaAllah akan datang saya akan share lagi tips2 yang berguna untuk anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *