4 Syarat Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Online

Ya…4 syarat jer sebenarnya untuk anda berjaya dalam perniagaan online ni. Kalau anda follow satu per satu InsyaAllah anda akan merasa peningkatan sales anda.

Tak sabar nak tahu? 🙂

Jom saya terangkan…

Perkara pertama anda perlu buat beritahu prospek brand anda. Dalam post yang lepas saya ada terangkan mengapa pentingnya bina brand sendiri.

Cara membina brand pun memainkan peranan penting untuk memudahkan prospek ingat dan tahu perniagaan anda.

Macamana nak bagitau prospek?

Anda buat ads dan guna campaign impression.

Dengan menggunakan campaign impression kita sajikan mereka brand kita…mereka tak click takpe janji kita serapkan dalam minda mereka brand kita..

Percayalah kebiasaannya pelanggan tidak akan membeli produk yang mereka tidak kenal. Betul tak?

Tak percaya?…tanya diri sendiri, anda beli ke produk yang anda tak pernah dengar atau kenal 🙂

Macamana nak bagi prospek suka produk kita?…cer citer..cer citer..

Yaaa…COPYWRITING!

Dengan menyediakan copywriting yang power boleh menjadikan prospek anda tak sabar2 nak beli produk anda. Mereka dah kenal/tahu brand anda tinggal bagi ayat power sikit jer untuk mereka transfer duit ke dalam akaun anda 🙂

Tak pandai nak buat ayat?…baca post saya sebelum ni cara menghasilkan copywriting menarik.

Nak bina kepercayaan macam susah jer…

Kepercayaan dalam online marketing ni lebih kepada testimoni..collect testimoni setiap pelanggan anda. Lagi cantik kalau mereka berikan testimoni dalam bentuk video..

Dengan testimoni positif yang banyak meyakinkan bakal pelanggan untuk membeli dari anda.

Ok itu sahaja tips untuk hari ini. InsyaAllah saya akan kongsi banyak lagi tips untuk rujukan bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *