Statistik Pasaran Pengguna di Malaysia bagi Tahun 2017
Di sini ingin kami kongsikan sedikit data yang dikumpul daripada Jabatan Statistik Malaysia, berkenaan dengan jumlah penduduk di Malaysia, yang juga boleh dikatakan mereka semua juga adalah pengguna di Malaysia.
Mengikut anggaran Jabatan Statistik Malaysia yang dikeluarkan pada 14 Julai 2017, jumlah penduduk Malaysia kini adalah seramai 32 juta orang, di mana 28.7 juta adalah warganegara Malaysia dan 3.3 juta lagi adalah bukan warganegara Malaysia.
Berbanding dengan tahun 2016, jumlah penduduk dicatatkan seramai 31.6 juta orang – di mana 28.4 juta adalah warganegara Malaysia dan 3.2 juta lagi adalah bukan warganegara Malaysia.
Pecahan Penduduk Mengikut Jantina
Daripada data yang dikeluarkan, didapati daripada jumlah 32 juta penduduk di Malaysia tersebut, 16.561 juta daripadanya adalah lelaki, dan 15.488 juta adalah wanita.
Pecahan Penduduk Mengikut Kaum di Malaysia
Data daripada pecahan penduduk kaum ini boleh digunakan untuk anda mengenal pasti sasaran produk@perkhidmatan anda. Daripada 32 juta penduduk di Malaysia, berikut adalah pecahan penduduk mengikut kaum di Malaysia.
- Bumiputera – 19.777 juta orang
- Cina – 6.664 juta orang
- India – 1.997 juta orang
- Lain-lain – 284,400 orang
- Bukan warganegara Malaysia – 3.327 juta orang
Pecahan Penduduk Mengikut Umur
Sekarang bolehlah pula kita pecahkan daripada jumlah penduduk di Malaysia ini, kepada kategori umur mereka. Data ini membolehkan anda untuk mengetahui anggaran jumlah pelanggan potensi anda, mengikut umur.
Di sini kami sertakan data untuk 18 kumpulan umur – yang diperolehi daripada Jabatan Statistik Malaysia. Sekiranya anda ingin menggunakan data ini untuk tujuan pengiklanan di Facebook, anda hanya perlu untuk mengambil kira kategori umur dari 13 – 65 dan ke atas.
- Umur 0-4 tahun: 2.621 juta orang
- Umur 5-9 tahun: 2.533 juta orang
- Umur 10 – 14: 2.579 juta orang
- Umur 15-19: 2.873 juta orang
- Umur 20-24: 3.251 juta orang
- Umur 25-29: 3.245 juta orang
- Umur 30-34: 2.845 juta orang
- Umur 35-39: 2.337 juta orang
- Umur 40-44: 1.935 juta orang
- Umur 45-49: 1.755 juta orang
- Umur 50-54: 1.604 juta orang
- Umur 55-59: 1.383 juta orang
- Umur 60-64: 1.085 juta orang
- Umur 65-69: 816 ribu orang
- Umur 70-74: 528 ribu orang
- Umur 75-79: 335 ribu orang
- Umur 80-84: 181 ribu orang
- Umur 85 ke atas: 143 ribu orang
Beginilah sedikit sebanyak data anggaran pasaran penduduk/pengguna di Malaysia yang dapat dikongsikan. Teruskan mengikuti kami di IAMK Learning Centre untuk lebih banyak data & tips di masa akan datang.
Pingback: Stats: Malaysian Population by Gender and Ethnic 2017 – IAMK Learning Centre
Pingback: Statistik Penggunaan Internet di Malaysia 2017 – IAMK Learning Centre